Blog
Penghantaran10 October 20261 min bacaan

Caj pos tanpa rugi: berat volumetrik, saiz kotak dan Sabah/Sarawak

Kenapa kotak besar mahal, bagaimana courier kira berat volumetrik, dan cara letak caj pos Semenanjung dan Sabah/Sarawak tanpa rugi.

P

Pasukan kopibeng

hi@kopibeng.com

Ramai penjual baru letak caj pos ikut agak-agak, kemudian terkejut bila courier caj lebih. Puncanya hampir selalu sama: berat volumetrik.

Courier caj ikut saiz, bukan berat sahaja

Courier kira dua berat dan caj ikut yang lebih tinggi: berat sebenar, atau berat volumetrik. Berat volumetrik ialah panjang x lebar x tinggi (cm) / 5000 untuk Poslaju, SPX, City-Link dan DHL. J&T, Lazada Express dan Best Express guna / 6000, jadi lebih murah untuk kotak besar.

Contoh: kotak 40 x 30 x 20 cm berisi barang 1 kg. Di Poslaju, kotak itu dikira 4.8 kg. Di J&T, 4 kg. Anda bayar untuk 4 hingga 5 kg walaupun barang cuma 1 kg.

Kotak yang muat-muat adalah cara paling mudah untuk jimat kos pos.

Guna Kira postage

Di dashboard, buka Postage. Pilih saiz (Sampul, Kotak S hingga XL) atau masukkan ukuran sendiri, dan anda nampak berat volumetrik serta harga courier sebenar dari EasyParcel ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. kopibeng cadangkan caj pos berdasarkan harga termurah, dibundarkan ke ringgit seterusnya.

Kalkulator yang sama ada semasa anda tambah barang. Tekan Guna cadangan ini dan caj pos terus diisi.

Sabah dan Sarawak perlu caj sendiri

Kos pos ke Sabah dan Sarawak boleh jadi beberapa kali ganda Semenanjung untuk kotak yang sama. Sebab itu setiap barang di kopibeng boleh ada dua caj pos: Semenanjung, dan Sabah/Sarawak/Labuan. Pembeli dicaj ikut negeri alamat delivery mereka, jadi anda tak rugi dan pembeli Semenanjung tak bayar lebih.

Book courier terus dari order

Sambungkan akaun EasyParcel anda di Settings kedai. Selepas itu, setiap order pos boleh di-book terus dari tab Order: pilih courier, bayar dari credit EasyParcel anda, dan label serta nombor tracking disimpan automatik. Pembeli dapat email dengan URL tracking.

Share WhatsApp