Blog
Dasar9 October 20261 min bacaan

Apa yang boleh dan tidak boleh dijual di kopibeng

Barang yang dialu-alukan, yang tidak dibenarkan, dan apa yang berlaku kalau sesuatu barang melanggar dasar.

P

Pasukan kopibeng

hi@kopibeng.com

kopibeng ialah tempat untuk penjual Malaysia menjual barang yang mereka buat, kumpul atau reka. Supaya pembeli rasa selamat dan bayaran terus berjalan lancar, ada beberapa perkara yang kami tidak benarkan.

Yang dialu-alukan

Barang fizikal seperti makanan dan minuman, fesyen, kecantikan, kraf dan barang rumah. Produk digital seperti ebook, template, preset, kursus dan muzik. Kalau anda yang buat, anda yang jual, dan ia sah di Malaysia, kemungkinan besar ia sesuai di kopibeng.

Yang tidak dibenarkan

Barang atau perkhidmatan yang haram di Malaysia, instrumen kewangan dan skim pelaburan, perjudian, kandungan dewasa, kandungan melampau, dan apa-apa yang melanggar hak cipta atau tanda dagangan orang lain.

Kandungan dewasa bermaksud apa-apa bahan lucah, seksual atau erotik dalam apa jua bentuk: gambar, video, ilustrasi, komik, cerita atau audio. Ia tidak dibenarkan langsung di kopibeng, walaupun ditanda sebagai 18+.

Ini termasuk menjual semula ebook, kursus atau fail orang lain tanpa kebenaran, dan barang tiruan. Rakan kongsi pembayaran kami juga tidak membenarkan kategori ini, jadi ia bukan sahaja dasar kami tetapi syarat untuk kami terus boleh menerima bayaran.

Apa yang berlaku kalau dilanggar

Kalau sesuatu barang tidak mematuhi dasar ini, admin kopibeng akan menurunkannya ke draft dan email anda sebabnya. Anda boleh betulkan dan live semula. Untuk pelanggaran serius atau berulang, kedai boleh digantung: barang tidak dipaparkan dan pembeli tidak boleh checkout, tetapi order yang sudah dibayar masih perlu dihantar.

Tak pasti?

Email kami di hi@kopibeng.com sebelum anda live. Kami lebih suka jawab soalan daripada turunkan barang.

Share WhatsApp