Blog
Panduan10 October 20262 min bacaan

Mula jual di kopibeng: dari gambar pertama ke order pertama

Tambah barang dalam 3 langkah, tambah pilihan saiz dan warna, share URL, dan uruskan order pertama anda.

P

Pasukan kopibeng

hi@kopibeng.com

kopibeng dibina untuk satu perkara: anda tambah barang, dapat URL, dan mula jual. Tak perlu bina laman web, tak perlu setup troli, dan pembeli tak perlu sign up. Ini panduan ringkas untuk sampai ke order pertama.

1Tambah barang dalam 3 langkah

Dari Dashboard, tekan Tambah barang. Langkah pertama: gambar, nama dan harga. Gambar yang terang dan dekat selalunya menang, jadi ambil di tepi tingkap pada waktu siang.

Langkah kedua: cara pelanggan terima. Barang fizikal boleh dipos, pick-up, atau kedua-duanya. Produk digital (ebook, template, preset) cuma perlu upload fail sekali, dan pembeli dapat URL download sebaik sahaja bayar.

Langkah ketiga: check dan live. Anda terus dapat URL barang untuk di-share.

2Saiz, warna dan perisa

Kalau barang anda ada pilihan, tanda Ada pilihan saiz, warna atau perisa? di langkah kedua. Setiap pilihan boleh ada harga dan stock sendiri. Bila satu pilihan habis, pembeli nampak ia sebagai habis dan tak boleh pilih.

3Share di tempat pelanggan anda sudah ada

Pelanggan pertama hampir selalu datang dari orang yang sudah kenal anda. Share URL di status WhatsApp, bio Instagram dan TikTok, dan group komuniti. Isi nombor WhatsApp di Settings kedai supaya pembeli boleh tanya terus dari halaman barang.

Petua: satu URL kedai (kopibeng.com/store/nama-anda) di bio lebih mudah daripada sepuluh URL barang.

4Kod diskaun untuk sebab yang jelas

Kod diskaun paling berkesan bila ada sebab: pelanggan setia, pelancaran barang baru, atau musim perayaan. Cipta di Produk > Kod diskaun. Anda boleh hadkan berapa kali ia digunakan dan bila ia tamat.

5Bila order masuk

Anda dapat email dan order muncul di tab Order. Pos barang, masukkan nombor tracking (atau book courier EasyParcel terus dari order), dan pembeli dapat email setiap kali status berubah. Duit jualan masuk ke baki anda, dan anda boleh mohon pengeluaran ke akaun bank bila-bila masa.

Itu sahaja. Tambah barang pertama hari ini, share URL-nya, dan lihat apa yang berlaku.

Share WhatsApp