Yuran, pengeluaran dan refund di kopibeng, dijelaskan
Yuran kopibeng, bila jualan boleh dikeluarkan, minimum pengeluaran RM100, cara refund diluluskan, dan penyata bulanan.
Pasukan kopibeng
hi@kopibeng.com
Duit anda patut mudah difahami. Ini cara wang bergerak di kopibeng, dari pembeli bayar sampai masuk ke akaun bank anda.
Pembeli bayar kepada kopibeng
Pembeli bayar dengan FPX, DuitNow, kad atau e-wallet melalui HitPay. kopibeng terima bayaran itu bagi pihak anda, dan jualan terus dikira dalam baki anda.
Yuran
Tiada yuran bulanan dan tiada yuran sign up. Kami ambil yuran hanya bila anda dapat jualan:
10% + RM0.50 untuk jualan dari URL anda sendiri. 20% untuk jualan dari pembeli yang jumpa barang anda di Explore kopibeng.
Yuran dikira atas jumlah order, termasuk caj pos. Setiap order di tab Order menunjukkan yuran dan berapa yang anda terima.
Bila boleh keluarkan duit
Jualan barang fizikal boleh dikeluarkan selepas order dipos, ready untuk pick-up, atau selesai. Produk digital boleh dikeluarkan terus selepas bayar. Di halaman Pengeluaran, isi butiran bank anda dan tekan Mohon. Minimum pengeluaran ialah RM100, dan kami pindahkan ke akaun bank anda secara manual dalam 3 hari bekerja. Anda dapat email dengan nombor rujukan bila ia dibayar.
Refund
Kalau anda perlu batalkan order (contohnya stock rosak), tekan Mohon batal & refund pada order itu dan nyatakan sebab. Admin kopibeng semak setiap permintaan. Bila diluluskan, pembeli dapat refund penuh ke kaedah bayaran asal, stock dipulangkan, dan jualan itu keluar dari baki anda. Sementara menunggu, jualan itu ditahan supaya ia tidak dikeluarkan secara tidak sengaja.
Penyata bulanan
Di halaman Pengeluaran, download penyata bulanan dalam format CSV. Ia senaraikan setiap jualan, diskaun, caj pos, yuran, refund dan pengeluaran, sesuai untuk rekod perniagaan dan cukai anda.
Ada soalan tentang bayaran? Email kami di hi@kopibeng.com.



